Ceramah & Latihan Keselamatan Kebakaran Dari Pihak Bomba

30 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 29 April 2018, Pusat Internet 1Malaysia PPR Batu Gong mengadakan Ceramah & Latihan Keselamatan Kebakaran oleh Pihak Bomba Siburan. Aktiviti ini bermula pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dan telah disertai oleh sekitar penduduk PPR Batu Gong. Ceramah ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para penduduk mengenai cara untuk mengatasi api jika berlakunya kebakaran.

Selain itu,Pihak Bomba juga memberikan demonstrasi mengenai cara untuk memadamkan api jika berlaku ketika memasak dan di luar rumah. Disamping itu, Pihak Bomba juga memberikan pendedahan mengenai langkah-langkah untuk menyelamatkan diri ketika kebakaran dan cara untuk mengatasi jika berlakunya kebakaran di tempat kita.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:

Ceramah mengatasi kebakaran.Juga pendedahan mengenai langkah-langkah untuk menyelamatkan diri.Pihak Bomba memberikan demonstrasi untuk memadamkan api jika berlaku kebakaran. Penduduk diberikan masa dan secara individu untuk mencuba latihan kebakaran yang diarahkan Pihak Bomba

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali