Pengenalan Kepada Akaun Gmail Dan Facebook

16 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 April 2018, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Batu Gong telah mengadakan kelas Pengenalan kepada Akaun “Gmail” dan “Facebook” di bilik latihan PI1M. Terdapat 13 orang peserta telah mengikuti kelas ini yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah berumur lingkungan 13 hingga 17 tahun. Objektif utama kelas ini adalah untuk memberi pendedahan tentang penggunaan dan fungsi akaun ‘gmail’ dalam aktiviti atau urusan seharian.

Selain itu, penyelia juga mendedahkan peserta dengan fungsi google drive untuk menyimpan data-data penting secara dalam talian seperti dokumen, gambar, video dan musik. Seterusnya, peserta juga diperkenalkan dengan pembukaan akaun ‘Facebook’ untuk peserta yang melepasi had kelayakan umur. Sebagai aktiviti tambahan, penyelia menyelitkan kesedaran berkaitan berita palsu dengan memperkenalkan protal rasmi SKMM untuk menyemak kesahihan berita iaitu sebenarnya.my untuk kegunaan peserta kelak.

Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:

Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali